Wednesday, July 16, 2008

Golden Arches Restaurants

Golden Arches Restaurants??? Apakah itu? Adakah sejenis restoran makanan Cina yang masyhur? Ataupun sebuah restoran makanan ala thai yang digemari? Tak ah. Itulah nama syarikat yang mengendalikan rangkaian perniagaan fast food yang popular di Malaysia. Mc Donald's.


Sebenarnya, ku pernah jadi Manager di Mc Donald's. From Aug 2006 till Aug 2007. Complete a wonderful-colorful-'weight'full year kat Mc D. Seronok weh. Tadaa... lihatlah gambar di atas. Comelnya ku di hujung sekali itu. Ahaks... Gambar ni masa Basic Shift Management's practical study @ McD Bangsar.

Nak cerita benda kelakar nih. Kes ni berlaku masa kat Bangi's Mc D. Ya, kat situlah bermulanya karier ku ngan Mc D. Ada banyak kes kelakar. Nak nak yang melibatkan staff kat kaunter.

Adalah sorang krew nih (skang dah jadi manager pun), tgh keje kat kaunter. Masa tu dah agak lewat ah, muka dia pun ala2 biru2 laut dah. Dalam penat2 tu, adalah satu customer masuk. Dia pun serve lah that customer. Tgh serve2, ada sorang makcik pregnant lalu depan dia. Besar perut dia. Dah nak due kot (Ala2 Kak Jue lah kot...). So, customer tu pun dah order, dah dapat makanan, mamat tu bagilah duit. Check2 duit (yerlah mana tau palsu ker...), krew ku pun pulangkan duit baki. Masa nak bagi baki tu, tetiba...

"Ya encik, ni bakinya... Tiga ringgit tujuh bulan..."
"Ha!!! tujuh bulan???"

Apa lagi pastu, terkikik2 (mana boleh terbahak2, customer ada kat depan tu) lah kitorang gelak. Tiga ringgit tujuh bulan??? Macamana tuh??? :D

Tu tak kira customer tersalah cakap plak. Selalunya, kalo masa amik order, kitorang akan tanya, which one that customer prefer, either having here or take away. Ada plak customer cakap nak take over... la... Kalau customer nak take over kitorang, abih kitorang nak keje apa??? :D

Hahahaha... Rindulah ngan McD..

mood:~err... CFO satu, extra mayo yer...~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...