Thursday, September 15, 2011

Riang Ria Aidilfitri 2011

woot wooottt… salam aidilfitri… wah… x sangka da nak hampir 2 minggu beraya… open house pun masih lagi rancak… nampaknya misi mengecilkan diameter pinggang akan semakin gagal… hahhaha… ok, jom layan pic raya ari tu… 1st raya kat Kg Kundang, Selangor… kat mana tu??? eh, bukan kat Kundang yg dekat2 rawang tuh… Ni kat area Tg Sepat, Morib…

raya 1

tadaaa, tema taun ni hijau2an… lihat, gambar ini telah melambangkan betapa gembiranya pihak Jackel apabila kain2 baju dibeli secara borong utk pihak wanita… he3… utk kaun2 adam, telah saya borong kain nya di Bandung… cuba lihat baju saya, terlampau berkilau kan… bukan bermaksud nak overshadow inchek Mislan… ini adalah kerana, inchek tailor telah terbalik kain semasa jahit baju saya… patutnya yg kilat tu kat dalam… huwaaaa… terus jadi kain banner baju raya tuh… sekilometer da nampak… hu3…

raya 8

ini keluarga En Husin dan Pn Aim… lihat, mereka pun membeli kain di Bandung, dan yg kaler coklat itu pun menjadi mangsa keadaan juga… maka, keluarga atok Basiran agak mencapap di pagi raya… ha3… eh, nampak familiar tak Puan Aim yg bertudung merah tu??? uhh, glamer, pernah keluar JJCM… sebab meniaga di Stadium Shah Alam… kalo sape2 nak berkenalan, singgahlah gerai minuman mereka di Pasar Ahad di Stadium Shah Alam… sebut nama Jely 3 kali, pasti tidak mendapat diskaun… ha3…

raya 9

atok Basiran… ni atok belah abah… atok tak sihat sgt… terjatuh kat toilet masa bulan puasa aritu… tapi, nampak cam gembira sket di hari raya… yelah tgk telatah cucu cicit yang tak berapa waras sgt… ha3…

raya 2

oo, ini bukan rumah atok saya… ini rumah nenek sedara… cantik kan…

raya 3

inilah mangsa baju terbalik seterusnya… ha3…

raya 4

ini adalah sesi atok sedara cuba berlari utk menyelamatkan kuih raya nya dr abis dibelasah oleh adik ai, sambil ai memerhatikan apakah ada kuih raya lain disebalik rak itu… haaaa… penuh drama kan…

raya 5

peace

raya 6

pic ini disnap oleh kerana kaler kereta itu seakan2 kaler baju ai… sadis… T___T

raya 7

pic ini pula disnap, kerana secara kebetulan, warna baju2 kami seolah dinding tuan rumah… sangatlah segan kami… hu3…

ally fb2

aksi dicium paksa… ha3…

IMG_1743

lihat, filzah sgt suka main belon…

cats

hiii, nama saya yeyen.. sib baik tuan saya tak antar ke Petknode… kalo tk mesti saya da kurus…

mood:~nantikann part seterusnya… kat Kedah pula…~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...