Wednesday, December 5, 2012

Tanah-tanih di Johor

Pernah tak bila kita bangun tidur, tiba-tiba terasa nak berada di tempat yang baru. Di kawasan yang baru, jiran baru, kawan baru. Kira semuanya baru. Mulakan hidup dengan lembaran baru. Pernah tak???

Jom usha-usha rumah kat Johor. Jauh sikit dari Kepong. Takkan nak pindah ke Segambut pulak. Setakat 2-3 kilometer, baik tak payah pindah. Hehehehe. Kita tengok Hartanah Johor. Menarik ke tidak. Uih, jom kita tengok kat Propwall.

propwall 1

Eh, banyak juga ni. Nak pilih duduk mana ya? Erm, jom kita jenguk area Nusajaya. Kalau bosan-bosan boleh bergembira di Legoland. Jap, kita google maps. Dekat ke Horizon Hills ni dengan Legoland. Wow weee, 8 km, 14 minit je nak ke Legoland. Ayuh, kita selidik Horizon Hills. Meh klik.

propwall 2

Haa, siap ada penerangan lagi pasal Horizon Hills. Ini sudah bagus. ‘Exclusive and luxury residential’ katanya. Wah, boleh perasan seperti iras-iras penduduk Wisteria Land. Mari menjadi surirumah terdesak. Dibangunkan oleh Gamuda Land dan UEM Land. OK, keduanya pernah dengar. Jadi, developer bukan menjadi masalah.

propwall 4

OK, jom kita masuk pertandingan RM1,000,000 Money Drop untuk membeli rumah di sini. Mencecah jutaan ringgit. Kata nak menjadi penduduk yang eksklusif. Harga pun mesti dalam julat eksekutif. Tapi, cantik kot rumahnya. Sesuailah dengan harganya. Mari kita teruskan angan-angan ini.

propwall 5

Eh, kalau tak nak beli, takpe. Jangan risau. Kita boleh meneruskan angan-angan ini dengan hanya menyewa di Horizon Hills ini. Boleh pilih sama ada ‘fully-furnished’ ataupun ‘semi-furnished’. Yang kosong pun ada.

Jika kita ada hubungan persahabatan yang kuat dengan Eric Deko Idaman, bolehlah kita sewa yang kosong sahaja. Dengan harapan, team Deko Impian akan mendekorasi kediaman kita dengan percuma.

Dengan propwall ni, ia memudahkan kita. Kita boleh pilih untuk mencari rumah untuk dibeli, ataupun disewa. Kalau kita berminat, kita boleh klik pada contact dan isi apa yang diperlukan. Nak tahu pasal info rumah yang kita minat? Klik je kat more info. Kita akan tahu serba sedikit pasal rumah yang kita angan-angankan itu.

propwall 3

Ataupun, kita boleh je isi borang ni. Kita akan dapat maklumat yang diperlukan. Mudah kan. Eh, bukan setakat Horizon Hills sahaja yang ada. Ada banyak lagi kawasan di Johor yang boleh anda terokai *eh, macam duta Mari Melawat Johor ni.

Tak tau kat mana Horizon Hills? Eh, mudah je nak cari. Kat Propwall ni, ada disediakan map untuk setiap hartanah yang diiklankan. Jadi, klik je di map, keluarlah map yang diperlukan. Usah risau ye kawan-kawan.

propwall 6

Mudah kan dengan Propwall. Boleh tahu pasal hartanah dengan mudah. Kalau nak tahu lebih lanjut. Janganlah segan-segan g ke laman sesawang Propwall.

propwall 7
www.propwall.my

mood:~jom berangan-angan ke tempat lain pula~

1 comment:

kak joy said...

nakk beliiiiiii.... murah sesangatttt

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...