Wednesday, August 12, 2020

Cara Menjana Kod QR

 Sejak akhih-akhir ni, Kod QR (Quick Response) banyak kelihatan di mana-mana. Musim pandemik covid19 ni, nak masuk mana-mana premis kena scan kod QR. Gunakan aplikasi MySejahtera atau mana-mana aplikasi yang sesuai.  Penggunaan kod QR sebenarnya memudahkan capaian ke laman web. Tak payah lah nak taip alamat laman web secara manual. 

Mudah sebenarnya nak jana kod QR ni. Nampak macam canggih je kalau guna kod QR ni. Bayangkan kalau letak kod QR kat kad nama, nak pergi laman web kita atau mana-mana page, scan sahaja kod QR tu. Nampak macam canggih lah sikit.

1. Layari laman sesawang di bawah:

https://www.qr-code-generator.com/

2. Lepas tu, isilah alamat  laman sesawang yang korang nak. Eh, nak letak alamat FB pun boleh. Manalah tahu ada orang nak berkenalan, kau suakan je kod QR tu. 

3. Lepas tu, cuba tengok belah kanan, dah ada kod QR untuk alamat yang korang letak. Senang kan. 

Extra tips: Eh, korang nak pautkan ke gambar pun boleh. Ni kira teknik berkenalan level atas-atas ni. Ada orang wewiiit wewwitt tepi koridor, tanpa berlengah, pergi kat orang tu, suruh dia scan kod QR untuk gambar korang. Haaaa, menarik tak?  Dah, pergi generate kod QR korang. 

Saturday, May 9, 2020

Memori Mak 02

Eh, dah hari ke 16 berpuasa. Sedar tak sedar dah melangkaui separuh bulan Ramadhan. Berpuasa di musim PKP. Tak pernah terjangkau dalam pemikiran akan sambut puasa tanpa kemeriahan bazar Ramadhan, tanpa meriahkan masjid dengan solat tarawikh berjemaah. Paling sadis, tak dapat nak balik berbuka bersama mak ayah di kampung. Syahdu weh, buka puasa keseorangan. Tak sampai beberapa minit, dah siap makan, tercongok tengok berita. Takde gelak-gelak meriah di dapur sambil menyakat anak-anak buah. Jag air sampai dua tiga perisa. 

Masa arwah mak ada, macam-macam pengalaman. Eh, dulu masa puasa kecil-kecil, pernah dapat 'lesen' tak payah puasa tak? Bila dapat lesen ni, boleh buka puasa. Lesen akan diberikan atas beberapa keadaan, contoh: mak lupa nak kejutkan sahur, pergi shopping baju raya sampai letih. Budak-budak kan, bila mak ayah tengok tak larat sangat, boleh lah buka puasa tanpa kena marah. Huhu. 

Arwah mak memang pandai dan sangat rajin buat kuih. Berjenis-jenis lah kuih rayanya. Antara yang wajib; tat nenas, biskut gajus dengan kuih strawberi. Haaa, kuih strawberi ni kuih resepi asal arwah mak. Asalnya tersalah buat, bila dah siap campur semua bahan, macam tak kena. Lembik semacam. Arwah mak tambah sana sini, lepas tu tak tau nak buat bentuk apa. Akhirnya, datang idea nak tambah warna merah, buat bentuk macam buah strawberi, bulat lonjong, gerigikan guna garfu. Lepas bakar tabur gula halus. Jadilah kuih raya strawberi. Ada koko krunch tau dalam  kuih tu. Inovasi sangat kan. Haha.

Kuih tat nenas dan kuih gajus arwah memang terbaik. Tak ada siapa boleh lawan. Teringat memori bau jem nenas yang arwah mak buat sendiri. Awal-awal, arwah mak suka buat tat nenas yang bentuk bunga tu, jem nenas kat tengah. Arwah mak pernah try buat yang jenis gulung, tapi tak best, tetap buat yang bentuk bunga. Tat nenas arwah mak rapuh tak rapuh. Uish, sedapnya! Kadang-kadang ada kuih lain, kalau arwah mak rajin. Kuih kapit. Menggelupur kau nak gulung-gulung kuih tu. Arwah mak buat cantik je, yang kita buat kemain besar. Satu lagi kuih sarang semut. Semua kuih bakar guna oven yang guna api tu. Sampai ke sudah tak tahu macam mana nak nyalakan oven tu. Haha

Bab baju raya, arwah mak memang sangat ambil berat, paling follow trend lah. Kain sutera yang kena dry cleaning. Kain berbatu-batu susah nak gosok. Kena sedondon satu family, wajib. Oh, arwah mak pandai jahit baju melayu dan baju kurung. Baju sekolah agama, arwah mak lah yang jahitkan. Kot terpotong pendek, lipat seluar tu jadi kecik je lah. Masa mata arwah mak elok jelas lagi, sempatlah merasa leher baju melayu bertulang belut. Kemas jahitan arwah mak. 

Al-Fatihah untuk arwah mak. Sampai sekarang masih ralat sebab tak jaga mak betul-betul masa makk kat hospital. Harapnya sampai doa kepada mak di sana. Dihapuskan segala siksa kubur, dilapangkan selapang-lapangnya mak di sana. 

Sunday, April 19, 2020

Memori Mak

Musim PKP ini, teringat pula kenangan silam dengan arwah mak. Terlebih sentimental bila kena kurung terkawal pergerakan. Pantang tengok cerita sedih sikit, meleleh-leleh air mata. Hahaha. Emo

Ok, arwah mak garang dan gangster orangnya. Kalau sesiapa yang kenal dengan arwah mak, tahu macam mana perangainya. Garang mak jadikan diri ini lebih kuat. Tak lembik semangat tu. Walau apa ada kat depan, boleh redah. Apa-apa masalah, relaks je boleh gelak-gelak. Mungkin semangat itu datang dari mak. Love u mak. Al Fatihah (dibaca). 

Ada satu petang, tengah main kat belakang rumah. Main apa entah, budak-budak biasalah. Longkang pun kau pergi berendam. Haha. Tengah sedap main lari sana sini, tiba-tiba ternampak ular tedung tengah berdiri tegak belakang kucing. Berlari kau panggil mak. Mak yang tengah sedap menjahit (guna mesin jahit Singer tu), bergegas ke belakang, pergi belasah ular tu. Sampai ke lubang longkang lah dia menetak ular tu. Tak ada ragu-ragu ke, jerit-jerit ke, terus zasssss. Ganas tak?

Tu tak kira jiran berebut pokok kelapa. Alaa pokok kelapa tumbuh tiba-tiba, tak ada sesiapa pun yang menyemai tanam pokok tu. Tapi disebabkan condongnya terlebih ke rumah jiran, dah kedekut tak nak kongsi buah kelapa. Haaa, apa lagi, di ambilnya parang, tebas. Tumbang gedegang pokok tu. Hahahaha, tak payah nak gaduh-gaduh.

Ingat lagi, ada jiran baru pindah. Kakak lawa, duduk sendiri. Selaku ketua jalan lantikan sendiri, mak pun pergi melawat. Terhegeh-hegeh nak ikut juga. Tapi nampak jiran baru tu macam takut-takut, adalah lebam sikit kat muka. Mak macam biasa lah, beramah-ramah. Pesan mak, kalau ada apa-apa janganlah segan datang rumah.

Ada sekali tu, tiba-tiba ada orang menjerit-jerit depan pintu pagar jiran baru. Uih, drama apa ni? Nampaklah jiran baru tu ketakutan. E ehh, berani kau buat hal kat kawasan jajahan mak. Menjerit-jerit tak tentu hala. Haaa, apa lagi, rasakan jeritan mak pula. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Menyusup balik orang tu. Kesian jiran baru tu kena serang. Kenapa kena serang? Entah, level membawang masa tu masih amatur, tak ambil kisah sangat. Masa tu nak main apa petang nanti lagi penting daripada hal-hal jiran. Haha.

Banyak lagi kenangan. Mak suka menyanyi, menurun lah kat anak-anak dia. Tapi abah tak suka anak-anak dia nyanyi-nyanyi ni. Mak juga pandai masak, kenangan menggulung kuih kapit panas-panas. Nanti kita cerita lagi eh. 

e-Latih

Assalamualaikum semua. Eh, tahukah ada kursus secara online secara percuma untuk anda semua. Ya, percuma. Siapa tak suka benda percuma ni ka...