Assalamuaikum semua. Saja nak khabar, kita antara 65000 org kat stadium malam tu. Perjalanan konsert yang mencabar. Datang awal nak park kereta. Satu kereta park, satu kereta lagi ambil tuan kereta yang park. Homestay bertukar sampai tiga kali. Yang pertama dapat kat area The Pinnacles (boleh jalan kaki ke stadium), selamba owner cancelkan. Walau dah book sebulan awal. Bertukar ke area Pavilion Bukit Jalil, laaa masa nak ambil kunci, lif banjir, rosak. Dapat juga yang ketiga, di area Jalan Klang Lama. Akhirnya.
tujuhhariseminggu
tujuhhariseminggu, macam-macam kita jumpa kan...
Tuesday, January 13, 2026
Legacy 30 Siti Nurhaliza 2026 - Stadium Nasional Bukit Jalil
Saturday, January 3, 2026
e-Latih
Assalamualaikum semua. Eh, tahukah ada kursus secara online secara percuma untuk anda semua. Ya, percuma. Siapa tak suka benda percuma ni kan? Mari kita explore sama-sama.
Mula-mula, pergi ke e-LATiH. Platform ini dibangunkan oleh HRD Corp (dulu-dulu dikenali sebagai HRDF). Sedikit info mengenai HRD Corp ni, sebenarnya ini salah satu inisiatif yang dibangunkan untuk menggalakkan majikan menghantar pekerja pergi latihan.
Macam mana konsepnya? Secara mudahnya, majikan perlu membayar levi (tertakluk pada syarat-syaratnya) untuk setiap pekerja. 1% daripada gaji pekerja. Levi ini akan terkumpul dan boleh digunakan kembali oleh majikan untuk pilih latihan yang bersesuaian dengan pekerja mereka. Terdapat sedikit kelompongan di sini, kebanyakan majikan bayar levi. Tetapi majikan tak tahu levi tu untuk apa. Maka, cubalah anda semua bisik-bisik kat HR untuk pergi training di bawah seliaan HRD Corp.
Okay, kita kembali ke e-LATiH dan free training. Sila klik dan daftar sebagai pengguna dalam website tersebut.
Okay, ini senarai training yang ada. Eh kena bayar RM70.00. Alaa, kata free!!! Jangan risau anakanda semua, klik sahaja di Free Courses. Anda semua akan dibawa ke senarai training yang diberikan secara percuma.
Setakat ni dah ambil 5 kursus. Satu kursus masih berjalan. Jom ambil peluang untuk sertai kursus percuma. Tempoh satu kursus tak lama pun, ada yang 1 jam, 2 jam dan sebagainya. Alahhh, skrol tiktok sedar tak sedar ambil masa 2-3 jam. Kita allocate lah beberapa minit sehari untuk kursus percuma secara online ni.
Ini contoh sijil yang kita akan perolehi selepas selesai kursus. Eh, dah nak masuk dua tahun umur sijil ni. Jom kumpul sijil.
Friday, January 2, 2026
Pisang Gebu versi 2026
Assalamualaikum semua. Jom kita share makan-makan kat Locarasa, Bamboo Hills. Kita gabunglah beberapa majlis. Birthday, sambut tahun baru, tukar hadiah. Rasanya, gathering begini perlu untuk terus berhubung. Komitmen nak hadir sama-sama itu yang penting. Kita jumpa sekali sekala macam ni, bertukar-tukar cerita, sebenarnya besar impak positif yang kita dapat. Seharian masing-masng pening dengan kerja.Dapat jumpa sekali sekala, lega rasanya.
Tajuk: Birthday yang tertangguh. Hahahahhahaha.
Kiri: Fai (11/12), Kanan: Kiki (17/11). Boleh lah kan.
Wednesday, December 24, 2025
Jalan-jalan Singgah ke Georgetown
Assalamualaikum semua. Nak share short trip ke Pulau Pinang. Disebabkan banyak kali ke sana untuk conduct training, jadi Oktober 2025 hari tu, kita ambil lah peluang stay kat pulau untuk satu malam. Selalunya training buat kat Perai, Kepala Batas, Jawi. Semua kat mainland. Jadi, kita lajak lah ke pulau.
Jom naik feri. Oh, kalau nak naik feri, boleh ke Penang Sentral, naik sama level KFC, pastu boleh ke laluan naik feri. Jangan lupa bawa touchngo. Cepat sikit, tak payah beratur panjang. Boleh guna kad debit, tapi panjang sikit lah beraturnya.
Sebenarnya nak dinner kat Astaka Kota Selera. Tapi sampai-sampai je dah tutup. Teringin nak makan Hainanese Chicken Chop. Tak ada rezeki kan. Lepas check in, baring-baring, lepas tu kita late dinner kat lorong yang jual Penang Cendol tu. Makan mee goreng dengan teh tarik. Sedap eh mee goreng mamak Penang.
Tuesday, December 23, 2025
Jana Gambar Guna AI (dibaca: gambar berangan kacak)
Assalamualaikum semua. Hai, nak kongsi prompt untuk hasilkan gambar di Gemini AI & ChatGPT. Saja-sajalah kan, main edit gambar guna AI. Boleh lah buat profile pic kat Whatsapp ke IG ke. Marilah kita berangan bersama-sama.
Prompt: A dramatic portrait of a confident young man wearing a sleek black suit, black shirt and black tie. The subject is posed in a strong, slightly low-angle shot that emphasizes authority and confidence. The background is a smooth, deep gradient of navy blue fading into darker tones. Lighting is cinematic, with a warm golden highlight on one side of the face and subtle shadows on the other, creating depth and intensity. The man’s expression is serious, calm and powerful, with a slight upward gaze. The suit is well-fitted, sharp, and modern, conveying professionalism and dominance. The overall mood is elegant, commanding, and bold, like a corporate leader or a character from a high-end film poster.
Monday, December 8, 2025
Ke Kota Bharu lalu Gerik
Cubaan mengambil gambar Gunung Reng. Katanya ada sungai Kashmir? Boleh lah nanti plan ke sini nanti. Ada sesiapa yang pernah sampai? Boleh lah komen.



