Friday, November 18, 2011

kenapa ko drive camtu???

sape suka marah marah maki maki carut carut manja bila ada org lain bawa keta cam dia sorang je bayo road tax… ada kan… kira kalau nak marah depan2 x berani, setakat marah2 dlm keta, hilang bengkek sket, cukup la… lagi best kalau marah dengan aksi2 tangan karamsinghwalia sekali… hiks…

ok, meh ai list kan apa yang buat ai geram…

1) tukar lorong macam semua org boleh baca isi hati dia… ek eleh, ko ingat tiap kali ko nak tukar lorong, ada sign kat atas keta ko tulis.. “owh, saya nak ke kiri lah…”… suka suki je… kalo jenis tukar lorong pelan2, sikit2 xpe… at least kita tahu dia nak tukar lorong… ni sejenis pusing stereng sehingga kereta membelok 86.5 darjah, pastu selamba ke tukar lorong… huhhhh… signal derrrrr…

2) ni situasi kita nak tukar lorong plak… tgk kat side mirror, santekkkk keta belakang jauh lagi… apalagi, bg signal, dan dengan sopan santun nye memulakan langkah nak menukar lorong… tapi, keta kat lorong sebelah yang jauh tuh, nampak kita bagi signal nak masuk lorong dia, terus pecut keta seperti inginterberakcaircirit… terus pecut tak kasi masuk… aiyooo… pendengki donkey…

3) yang ni ai da citer dulu, di kala menghampiri lorong tol, kita slowkan sket keta… walaupun guna sematteg, perlu memperlahankan keta… gila ko nak pecut2… tetiba, keta kat belakang x sabo2… adoyai… lek lah bang oi… kita mengesot ke kiri sket, dia pun potong, sekali… dia vooossshhh masuk ke lorong tunai… waddehel… $$@^@^@$^#& tul lah…

4) memotong barisan… ni memang ketegori babunkacukvavi… nak2 lorong yang memang jem… kita punyalah dengan siviknya beratur nak masuk lorong, alih2 dia nak memotong, siap cucuk2 muncung keta nak motong kita… whamboi… angkat tangan idak… dan yang lebih menghairankan, muka memang tak tau malu, kita duk jeling2, muka  memang tahap simen dinding gred A… yang lebih menjelikkan, dia potong kita boleh, tetiba ada keta lain nak potong dia, kemain dia press minyak tak kasi org potong lane… aiyooo, memang dasar $#!$$^#%&^…

5) ni kat tol lagi, kalau guna tunai… nak cepat punya pasal, dia boleh pilih2 lorong… wehh derrr, ko bajet lah lorong mana yang ko nak masuk… ni tak… da nak dekat tol, tuh, terus dia vushhhhh ke lorong yang dia nak… kita plak yang ternebes2 nak bw keta…. huhhh…

mood:~eh, emo nye saya taip entri nih… sehingga bunyi mengetik keyboard sangat kuat kedengaran satu Restoran Nasi Kandar Subaidah Kota Damansara ini~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...