Friday, September 20, 2013

Aqiqah–Faqiha Nuryasmin & Mohd Aisy Naufal

Aq AY01

Tudiaaa. Mak Ngah jadi pembuka entri kali ini. Tq Mak Ngah datang rewang2. Pagi2 dah potong timun, bawang, lobak. Yg lain terbongkang lagi. Kah3. Lain kali join lagi yer. Letih yer, sampai tertdo2 Mak Ngah. Hehehhe.

Aq AY02

Filzah Nurhumaira. Dah tak boleh panggil lagi adik lah yer. Kena panggil Kakak. Ni adik ai yer. Bukan anak buah. So, kecik2 dah jadi makcik lah kamu je Jijah. Camna boleh dtg nama Jijah. Tulahh, nama glamer sangat, Filzah. Ujung2 bila org tanya, nama siapa, terus Jijah disebutnya. Teheeee.

Aq AY03

Mohd Aisy Naufal. Anak buah yang kedua. Gebu kan. Beliau sedang dalam percubaan menipiskan bibir. Jangan risau baby, kegebuan bibir adalah trademark keturunan Inchek Mislan. Berbanggalah. Muahahaha. Masih lagi tertanya2 kenapa Aisy sgt takut dgn diri ai. Bila nampak, terkebil2. Bila ai dukung, terus. Menangis cam kena dera. Why Aisy??? Am I too beautiful??? *tetiba ^_^

Aq AY06

Yaa, mari beratur ikut turutan. Diikuti Inchek Mislan dan Yasmin, Sufe dan Aisy serta Iwan dan baby tua yang nak keliling jugak Alisha. Sesi bermarhaban sambil memberi restu. Semoga menjadi insan yang baik dan berguna. Amin.

Aq AY07

Nampak tak? Walaupun masih kecil, mereka dah mula cubit2 sesama sendiri. Serkarang ni, cuma Jijah dan Alisha yang dah ada kaki (boleh berjalan), cuba bayangkan kalau empat2 dah dpt kaki. Mak oiii, meriah Mak Jemah. Sekarang pun dah terjerit2, gaduh2 sepah rumah. Pantang ada mainan, gaduh je. Sib baik ada uncle nya ni yg garang. Boleh lah jeling2.

Aq AY09

Ya rabbi, org sibuk marhaban, ko sibuk nak peace2 yer. ^_^

Aq AY10

Umi, Abah dan Yasmin. Jijah tengah ngorok. Ngamuk2 sebab mata masuk syampu. Hahaha. Terus amukan ablasa lah seketika. Terus tdo tak bangun2. Owh, Yasmin dilahirkan dengan keberatan 4.6kg. Sungguhlah gebu. Jijah dulu pun gebu jugak. Nengok skang, dah mcm retis. Slim kemain.

Jijah, masa first time nampak Yasmin, tanyalah kat dia, siapa baby nih. Confident je dia bagi nama gelaran baru kat Yasmin, Baby Lat. Bila tanya kenapa, katanya sebab bulat. Aiyooo, kecik2 dah pandai yer. Skang ni, sambil nak tdo kan si Yasmin, sambil bagi nasihat kat Yasmin, jangan makin banyak sgt, nanti lagi bulat. Hamboii, sib baik ko tak sound uncle ko ni kan.

Aq AY11Aq AY12

Jemput makan. Semuanya masak sendiri. Ada kurma daging, pajeri nenas, ungkep daging, sup tulang, lempok durian dan lempeng, bubur kacang hijau, ayam rempah. Slrrpp, sape dtg awal, dpt lah merasa. Yang lewat, ujung2 lah.

Owh, tq kawan2 yang sempat dtg. Buck, Haziq, Amni, Faizin, Affa, Man, Aboi, Ling, Fafai. Muah muahhh. Owh, kaler khemah kena ada dua. Biru utk Aisy, Pink utk Yasmin. Cer imagine kalau gabung 4 org buat Aqiqah sekali, mau terus gantung jalur gemilang keliling. Nak empat warna katanya.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aqiqah utk Aisy dan Yasmin. Utk anak ai bila??? Erm… Silalah rujuk kepada…

 

Aq AY100

Makcik-makcik cute nih ^_^

mood:~apahal ai tak sorang2 pakai baju pink??? menchik tau sabotaj. Hahahha~

No comments: