Wednesday, September 4, 2013

Ke Port Dickson plak yeoppp ^_^

Krikkk krikkk. Bunyi cengkerik sebab lama tak update blog. Keh keh keh. Jom kali ni kita g PD pulak. Port Dickson. Idea melepak2 di PD telah diusulkan tanpa rasa segan dan malu oleh ai, bersempena birthday yang baru2 je lepas nih. Hiks. Ayuhh, kita serebu Bayu Beach Resort.

PD 201301

Yasmin dan kakaknya, Jijah. Bertambah lagi adik2 ai nih. En Mislan hampir menggandakan bilangan dozen anak2 beliau. Ayuhhh.

PD 201302

Jijah, Diha, Iwan dan Alisha. Yaa, rabbi Alisha. Nampak kecik je, tapi paling lasak. Tak berhenti bergerak2. Tak kira dengan celoteh ntahapapntah tuh. Beriya2 bercakap, tapi sepatah haram tak faham. Hangguk2 je lah dik oit.

PD 201303

Diha, omak si Alisha. Nengok, baru tahu, anaknya ikut perangai siapa. Kehkehkeh.

PD 201305

Acara merendam kanak2. Supaya menjadi diver yang berjaya. Untung2 boleh ganti Pandalela Rinong. Eh, nama dia ala2 renang lah. Mungkin sebab tu jd diver kot. Baru perasan. Lihat Jijah, tak perlu dipegang. Tinggi menggalah. Woww, melihat kelebaran diri, terus insaf seketika. Cancel plan nak makan KFC. T_T

PD 201308

Gasak ko. Berbanana boat seround. Punyalah berderet, termasuk ngan dua org yang belakang sekali tu (tak kenal pun sape). Terus sejenis bergerak perlahan je. Berat sgt kot. Beriya2 menjerit, nak nak masa jatuh dari banana boat. Joyehh, syiokk meh. Sorang RM 15. Mahal ke idak tu??? OK kot.

PD 201309

Aisy. Sorang lagi anak buah. Baru 4 bulan, 8 kilo. Haa, semangat ko. Gebu cam pakciknya ni ha. Alisha yang dah nak masuk dua tahun, baru 7.2 kilo. Ni kalau di libas tangan kat Alisha, tergolek terus Alisha. Sampai skang, kalau nampak ai, mesti penuh kehairanan. Tak kelip2 mata pandang. Pastu bila dukung, nangis. Huwaaa, napain x suka ai??? napain napain???

PD 201316

Sambut tiga orang sekali. Jimat kek. Tulah, saper suh lahir dekat2 tarikhnya. Kan dah kena share kek. Hahahaha. Dila, Ahan, ai. Ooo, Jijah pantang nampak kek. Yuyuuu katanya.

PD 201310

En Mislan dan askar2nya. Alhamdulillah, semuanya OK. Berjalan lancar. Betullah, kata orang. Apa2 pun, buruk manapun kita, teruk camna kita, biar semua orang tak suka kita, family kita tetap ada untuk sokong kita. Mungkin perkataan sayang jarang muncul dalam perbualan di antara keluarga, tapi percayalah yang mereka sentiasa ada untuk kita.

Akhir kata…

PD 201306

Nak duit raya ^_^

mood:~jerenih oh ayaq kat PD~

No comments: