Sunday, September 22, 2013

Benarkah Ia Berair???

Kisah Benar ini ada kena mengena dengan perkataan BENAR. So, benarlah cerita ini sebenar-benarnya.

Ingat lagi kisah TuTi. Kali ini, lain plak ceritanya, namun dari org yang sama. Hahahah. Kemengongan individu ini agak tidak tercapai akal manusia marhaen. Beliau adalah sejenis magis yang begitu magika sekali. Tippie namanya. Eh, terbgtau plak ^_^

Class_83_KTM_Komuter_train,_Kuala_Lumpur

pic: tq ktmkomuter.com

tutt tuuttt. cekechek cekechek. Haa, mesti ramai yang selalu naik komuter. Nak2 kalau yang duduk luar KL. Sonang nak g keje. Naik komuter je. Jimat pun jimat. Takyah nak stress ngan jem. Masuk komuter, cari port baek punya, krohhhh krohhh. Bangun2 dah sampai Batu Caves. Hahahaha.

Ni kes kawan ai yg tak biasa naik komuter. Siapa? Latipah ke TP namanya. Muahahaha. Dia jarang naik komuter. Di kala satu ketika, naik komuter dari Seremban. Ke dia nak g Seremban. Dalam perjalanan nak sampai destinasi, kawan dia pun call. Iyolah, nak  bajet2 time nak pick up kat stesen komuter nanti.

“Oitt, ko dah kat mana??? Dah nak sampai ke???”

“Entah, aku tak sure. Jap aku tgk kiri kanan sket”

“Haa, aku nampak signboard stesen ni, jap eh”

“Alamak, tak nampak sangat lah sigboard nya”

“Kat mana, Bangi? UKM? Serdang?”

“Haa, dah nampak sikit2, aku kat Batang”

“Uit cakap kuat sket, x clear ni haa, putus2”

“Uish, batang apa nih, aku nampak ujung urufnya R”

“Haaa, aku kat BATANG BERAIR!!!!!!!”

Krikkk krikkkk. Dengan magnitud lontaran vokal yang agak besar. Tanpa segan silu menjerit BATANG BERAIRRRRRR. Sejurus selepas itu, barulah jelas nampak signboard  tu yang tertulis…

21300 - Batang benar

pic: tq to sayafaiz.blogspot.com

“Mongokkk!!!!! Batang Benar lah, bukan Batang Berair”

Tettt, tetttt. Line putus. Buat pengetahuan anda, beliau adalah seorang gadis murni yang manis bertudung serta ayu wajahnya. Imagine sket, gadis ala2 puteri gunung ledang, menjerit perkataan BATANG BERAIR kuat2 dalam komuter yang ramai org. Sungguh mengagumkan suasana itu. Muahahahhaa.

mood:~stesen seterusnya, BATANG BERAIR, miahahahhaa~

No comments: