Sunday, April 1, 2012

Bawaku Pergi sah diharamkan??? Aiyayayooo…

Adesss, pagi-pagi, buka beautifulnara, terus terpinga2 kejap. Lagu Bawaku Pergi – Kaka ft Zizan, composed by Malique, telah diharamkan? Aiyo. Sebab – MENGGALAKKAN REMAJA LARI DARI RUMAH.

Kaka feat. Zizan

Berikut adalah serba sedikit maklum balas Malique tentang pengharaman ini. Tq beautifulnara.

Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.

Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.

Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.

Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

nak komen penuh, sila ke beautifulnara.com

Pandangan saya yang tak pandai dan panjang akal ni. Kelakar, kelakar dan kelakar. Camna nih, takkan kot dengar lagu nih, terus membuak2 perasaan nak lari rumah. Kalau lagu ni sangat lucah, terang2 ajak kita semua buat seks, amik dadah, mengedar dadah, bunuh orang, curi duit orang berjuta2, berbaloi kot kena haram.

Senikata lagu itu seni. Seni itu mana mungkin bawa satu makna sahaja. Setiap yang dengar ada pandangan yang berbeza. Kalau nak diambil kira maksud yang negatif je, tak berkembang der. Lagipun tak terfikir lah nak lari lepas dengar lagu nih. Aiyoo, terlebih gali nih.

Lepas nih, ada je lagu yang liriknya “Ingin ku bawa mu jauh dari sini”, terus kena haram, sebab nak bawa lari anak orang, lari dari rumah. Feeling2 duk bawah jambatan, nyanyi bait2 lirik “ku ingin bersamamu sahaja, ku ingin dirimu sahaja”, kena haram jugak sebab dah tak nak duk ngan keluarga, lari dari rumah. Paling sadis, pakai baju love bling2, pastu nyanyi “Aku ingin sendiri”, pun kena haram gak, nak lari jauh2, g Guatemalo, lari dari keluarga, lari dari rumah. Takpun, sedang bersemangat nyanyi lagu “kudaku lari gagah berani!!!!” pun diharamkan, nak lari dari rumah guna kuda yang gagah itu. Adessss.

Kenapa? Mengapa? Adakah agenda yang tersembunyi. Tettt, tepuk dada tanya selera. Tepuk kepala tanya akal. Oppss, kang kena haramkan gak, galakkan keganasan. Tepuk2 kepala. Tak boleh nih. Menggalakkan keganasan dan keruntuhan akhlak. Tepuk2 kepala, terus balik umah kemas2 baju, lari dari umah.

Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.

Tettt, terus dpt surat pengharaman, haram haram haram. Terang-terang lagu ni menggalakkan kanak2 skodeng bahagian dalam baju. Tak boleh nih, bila kanak2 terdorong  nak tau apa dalam baju, mereka akan teransang, bila teransang, mereka akan mula memberontak, lalu membuat keputusan lari dari rumah. Jadi, kita kena haramkan ke lagu Pok Amai-Amai ni, dek kerana penginteprasian saya yang begitu negatif ini?

mood:~pikiaq pikiaqkan la yer~
pic:~tq google~

3 comments:

FaShiHa said...
This comment has been removed by the author.
FaShiHa said...

x paham kenapa nak haramkan.. lagu omputih yg byk tut tut tut tu apsal x haramkan masuk ke malaysia?~

tujuhhariseminggu said...

benar2... setuju.. :)

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...