Tuesday, July 31, 2012

Jom periksa saman anda

Assalamualaikum semua. Camna puasa? OK? Terasa cepat kan Ramadhan kali ini. Moga2, Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas ye. Amin.

Pagi2 lepas sahur nih, sambil2 tunggu mata ngantuk balik nak tdo balik *eh, tidur balik lepas sahur? whamboi whamboi whambooii, tetiba teringin nak check ada saman ke idak. Iyelah, kang tak pasal2 abis duit utk beraya guna buat bayor saman. Terus dengan zassstt nye ke google. Camno ye nak check saman.

Cara 1
Khas utk mereka yang dah register di MyEG website. Kalau belum register, meh register ramai2.

saman jpj

Haaa, klik kat JPJ, masukkan no IC, boleh check sama ada saman ke idak. Kalau nak check kereta ada saman ke idak, g lah klik PDRM.

Cara 2
Malas nak register bagai kat MyEG, boleh lah guna khidmat pesanan ringkas dari telefon genggam anda. Tak kiralah, sama ada telefon genggam pintar atau tidak. Yang penting anda kena pintar menggunakan telefon genggam itu. Smile with tongue out

Taip: SAMAN ABC1234 dan hantar ke 32728
sila pastikan tiada jarak antara huruf dan nombor utk no plat kenderaan anda.

Taip: SAMAN 888888115555 dan hantar ke 32728
haa, jangan ngengada nak tambah tanda sempang kat no IC.

Selamat menge’check’. Moga-moga takde banyak saman sangat. Selamat berpuasa juga semua.

mood:~eh, nak check senarai hitam ptptn la plak. nebes. huhuhuhu.

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...