Yea, berjaya juga berbuka bersama2. Seperti artis ye masing2, susah bebeno nak gather. Artes sungguh. He3. Tanggal sabtu lepas, berbukalah kami di Maju Junction. Meriah sungguh jika warga2 yang hampir 30an berkumpul utk berbuka puasa.
From the leff, Oman, Fai, Me, Ling, Zul. Ada sorang lagi yang ada, namun identiti dirahsiakan atas dasar2 kekeluargaan. Hehhh. Berbuka di Dapur Penyet, Maju Junction. OK berbuka di sana. Tempat pun selesa. Maaf pic makanan tiada kerana makanan sampai agak lambat, dan keterujaan utk makan begitu rakus dan lahapnya.
Tambah sorang lagi, Topek. Sungguh seperti anak2 asrama outing weekend bila bergambar begini di dalam shopping mall. Kih3.
Haa, Mak Jemah. Shopping butang baju Melayu. Whamboi2, x tgk kiri kanan. yang silang beg kat tgn lah, yang sibuk jeling2 butang lah. Eh, keadaan menjadi ngeri apabila abg kedai menjeling tajam ke arah camera saya ini. Maaf bang. Heh3.
Hurm, kalau bandingkan dengan tahun lepas, lagi sesak dan ramai tahun lepas la. Tahun ni x sesesak yang dulu. Tapi still, boleh dikatakan menyesakkan nafas dan tercungap2 bila berada di tengah2 kedai. Sangat menghargai adik-adik yang gigih menjual air tin dalam troli tolak2. Sejuk tekak sroott2 100plus.
Haaa, bila dah berjalan berpeluh2 seperti abg bangL, perlulah mengisi perut lagi. Iyalah, kembali lapar dengan segera setelah aktiviti jalan2 sambil seshopping di jalan TAR. Mari serbu House of Real Beriyani. Bersebelahan dengan kedai mamak Lotus, berdepan dengan Maju Junction.
Naan Cheese terbaekkk!!! Amik, cheese melimpah2 seperti makan Pizza. Sedikit rasa bersalah menyelubungi diri tiap kali menyuap Naan Cheese itu. Slrrppp…
Setelah berhempas pulas di Jalan TAR, teringin pula tgk wayang. Terus zaasstt ke Pavi. Maaf lah kepada mereka yang bersama2 menonton Total Recall showtime 12.30pm, kami berpeluh2 sketla. He3.
OK, saya tahu saya agak ketinggalan. Tapi saya nak bgtau gak. Pada malam itu, saya dengan bangganya telah merasa…
Chatime…
OK, sila jangan sebut chet-taim, silalah pronounce as char-taim… Tq TP…
Peace… Tahun ni main gamelan kat Mandarin Oriental, KLCC. Ting toongg tinggg…
mood:~raya nak raya nak raya…~
No comments:
Post a Comment