Friday, August 24, 2012

Jom Jadi Lebih Baik

OK. Di pagi hening syahdu. Sambil dengar ulangan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza dekat HotFM, tetiba nak tulis2 sket. Ni yang best ada blog. Sesuka suki nak tulis apa. Tapi jangan nak tulis cerita yang bukan-bukan. Kang kena saman, mana Kak Loofahh nak cari duit bayor. Keh2.

Bersempena usia nak injak ke 30 nih, kekadang terasa masih remaja. Wah, remaja tau. Ala-ala remaja sunti naik buaian nyanyi kuat2 dengan harapan ada yang naik kuda kepang datang meminang. Eh, datang meminang??? Sedikit kekeliruan di situ. Hu3.

Sekarang tgh gigih utk ubah satu habit yang dah lama bebeno bersarang dalam diri. Saya cepat bebeno jatuhkan hukum kat org. Tgk je ada pompuan cantik jalan2 dengan org tua2 sket, terus spekulasi bapa gula. Padahal minah tu temankan ayah dia g beli ubat.

Harap selepas ini, diri ini tak mudah menghukum org sesuka hati. Kita tak layak nak hukum org sesuka hati, tapi itulah yang sering terjadi. Nampak je lain macam sket, terus sok sek ngata org, buat assumption sendiri. Hurm, harap2 kuat semangat.

Lumrah manusia kot, suka nampak kalau org lain jatuh. Suka tgk org lain lebih lemah berbanding kita. Uish, jauh2 kan lah menda ni yer. Takpe pelan2, nanti sikit2 jadilah kita lebih baik dari yang sebelumnya. So, lepas ni, kalau tgk org lain macam je, cuba clarify, tanya bebetul, then baru nilai sendiri.

Banyak lagi sifat2 mazmumah dalam diri nih. Slow2 ye Mak Jemah, kita ubah sket2 yer. Moga2 kita jadi insan yang lebih baik dan lebih bermakna. Amin.

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...