Monday, August 27, 2012

Puding Roti Ringkas–Resepi Jely

Hai, Salam Aidilfitri. Hari nak kongsi resepi. Puding roti. Mementang ada oven baru. Jom masak2. Jumpa resepi ni kat myresepi.com. Ubah2 sket.

bread 1

sebelum

bread 2

selepas ^__^

Bahan-bahan:

1/2 buku  Roti Wholemeal
1 tin         Susu krimer sejat F&N
1 paket    Coklat Cip
5 sb         Cornflakes
2 sb         Tepung Kastard
3 sb         Gula
Sedikit esen vanila
Sedikit butter

Sos Vanila Lalala

1 tin         Susu krimer sejat F&N
1 sb         Tepung Kastard
2 sb         Gula
Sedikit esen vanila

Kak Edahnya:

1) Roti wholemeal dihiris dengan sepenuh jiwa. Kira tebal 2-3 cm. Nak lagi senang, guna je roti wholemeal keping2 tuh, dalam 6-7 keping. Saya gunakan roti buku tu, sebab ada promosi kat Carrefour. Heh.

2) Sapulah butter dengan sopan santun di sekeliling loyang, supaya puding roti kita tak melekat kelak. Susunkan roti2 itu sehingga menutupi dasar loyang itu. Taburkan coklat cip sekali. Kalau ada buah2an, taburkan juga. Tabur itu cornflakes juga.

3) Panaskan susu krimer sejat, tepung kastard, gula, esen vanila. Takyah lah sampai buih2. Cuma pastikan gula tu larut.

4) Tuangkan bahan-bahan yang dipanaskan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 200 oC, selama 15 minit. Tadaaaa.

5) Untuk sos, panaskan susu krimer sejat, tepung kastard, gula, esen vanila. Bila semua dah sebati. Masukkan sikit butter, simpanlah ia di dalam peti ais. Walawehh.

6) Potong puding roti, tuang sos vanila, makan yeopppp.

Jemput makan semua.

bread 3

FlavorWave Turbo Oven. Gajet baru di dapur kami. Teheee… Masak guna halogen bulb uols.

mood:~jom cuba~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...