Haaa, tengok title. Ala2, perumpamaan lembu punya susu, sapi dapat nama. Chupp, betul ke sapi yang dpt nama sebab susu lembu. Rasanya lebih tepat kalau “Lembu punya nama, Nestle dapat nama”. Keh3.
credit to: thelondon2012
Hiyeaahh, Tahniah ye Dato’. Baru je menang ngan Chen Long utk peringkat separuh akhir. Apabila melihat Lin Dan dalam satu lagi separuh akhir, dengan yakinnya Lin Dan yang akan bertemu dengan Chong Wei. Hopefully tercapailah impian Malaysia utk mendapat emas sulung di Olimpik ni yer. Pergi Chong Wei, Pergi Pergi Pergi!!! *eh, lain macam plak bunyinya kalau direct translate Go Go Go kepada Pergi Pergi Pergi
Haa utk yang tak tahu seperti saya ini. Kita akan dapat makan ais krim percuma jika Malaysia berjaya bawa pulang pingat emas di temasya olimpik 2012 ini.
credit to: Baskin Robbins
Acara makan-makan secara percuma ini bakal diadakan pada
Tarikh: 8 Ogos 2012 (Rabu)
Masa: 8 – 10pm
Tempat: Di semua outlet BR (kecuali di Pantai Hospital, Genting Theme Park)
Marilah kita doa-doakan agar Chong Wei dpt emas. Bak kata org, Chong Wei yang menang, Kita yang kenyang
mood:~emas emas emas…~
No comments:
Post a Comment