Monday, October 5, 2009

Buat Jahat Jangan Sekali????

Morning uolssss. Pagi2 bangun, terus update kan. Erm, pernah tak ada peribahasa melayu yang membuatkan anda tertanya2. Tertanya2 sambil menghafal maksud sebenarnya <--- yelah, nanti masuk exam. I ada beberapa peribahasa yang agak meragukan maksudnya apabila mendengarnya buat kali pertama. Dah dengar kali kedua pun agak meragukan jugak.
  1. Melepaskan batuk ditangga - melakukan kerja dengan tidak bersungguh2. Ermmm, kalau kita batuk di tangga, kita tak batuk bersungguh2 ke. I kalo batuk di tangga <-- kalo lift rosak, batuk cam biasa je. Ke ada orang yang nak batuk, tapi terasa nak batuk secara main2, dia terus ke tangga. Ataupun, orang zaman2 dulu yang batuk di tangga akan dilabelkan sebagai org yang batuk main2. Entahla???? Ahaaa, i rasa sebab kalo kita naik tangga sambil batuk, kita akan batuk secara tak bersungguh2 sebab da penat sangat kot. Erm, rasanya boleh di ubahsuai peribahasa nih - Melepaskan Batuk di Eskalator. :)
  2. Buat baik berpada2, buat jahat jangan SEKALI - kalau nak buat baik, jangan baik sangat, kalo nak buat jahat, jangan sekali. Haaaa, ni lagilah amat meninggalkan kesan keraguan yang agak mendalam. Kenapa buat jahat jangan sekali, kena berkali2 ke. Contohnya, kalau kita suka tiru assignment kwn kita sekali, kita boleh lah meniru beliau sekali lagi, kerna buat jahat jangan sekali. Ehehehe. Rupa2nya, jangan SEKALI tu maksudnya "jangan sesekali kau buat jahat, jangan sekali pun". Errrr, maksudnya takleh lah nak pinjam assignment utk ditiru walau sekali pun. Waaaaaaa. jahatnya peribahasa nih :)

Ha, akibat batuk2 di tangga, kena pakai mask nih. Herm, walaupun batuk di eskalator ke, batuk di lift ke, batuk di dalam Watson's ke, tetap kena pakai mask :p Jijah, u rowkkk....

Mood:~Uhukk uhukk uhukkkkkk....~

No comments: