Tuesday, October 27, 2009

Bagan Lalang dan Kerepek-kerepeknya...

Huhhh, da lama x g picnic. Tetiba abah ajak plak g bagan. Ada BBQ katanya. Family kastam di KLIA yang organize. So, kitorang adik beradik datang makan je la. Huhuhuhu... Bukan selalu weh camni.

Sebelum ke bagan lalang, singgah kampung dulu. Singgah tabur2 bunga dan doa di pusara arwah mak. Al-Fatihah... Semoga mak tenang di sana. Amin...

Yaa, lepas tu singgah jenguk atuk jap. Atuk demam. x sempat plak nak amik pic, layan atuk borak2. Best la plak dapat borak2 ngan atuk, siap kongsi makan biskut lemak sket. Ehehehe, rebut2 ngan atuk... :p

Selepas itu ye puan2 <--- eh tetiba nada chef wan plak. Selepas tu g serbu kilang kepek kat kampung. Sempat la merembat 2-3 bungkus utk bekalan di pantai dan di umah sewa. Murah weh. Sebungkus itu harganya hanyalah 3 hengget setengah. Murah kan. Mari shopping kepek di Kampung Kundang.

Setelah sampai di bagan lalang, eh bagan lalang??? Kat ner 2? Haaa, kepada sesaper yang tak tau bagan lalang itu di mana, secara geografi ia terletak di antara Morib dan Port Dickson. So kalo sesaper nak berenang dr Morib ke PD, akan singgah di bagan lalang dulu. Secara familinya, bagan lalang terletak berdekatan dengan umah mak ngah i. Ehehhee...

Sampai sahaja di pantai, BBQ sudah bermula. Yehhh, ikan sudah dipanggang beserta hotdog dan rakan2. Yesss.. Makan.. Sebelum makan, amik pic dulu. Barulah org percaya kita berpicnic. Tak gitu cik senah <--- eh, skrip Chef Wan lagi...

Tak sangka bagan lalang secantik ini. Memori lalu membayangkan bagan lalang tidak seindah ini. Mungkin pihak berkuasa dan bertanggungjawab sudah melakukan tanggungjawab mereka. Bagus bagus bagus... Bila pikir2, best gak kalo wat picnic kat sini. Kawan2... Mari...

Shot pic kaki. Shot kegemaran. Ehehhe...

mood:~indahnya pantai... subhanallah....~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...