Tuesday, October 6, 2009

Iklan yang saya suka suki....

Haaa, selamat pagi semua. Dah start keje???? Bagus, teruskan keje. Eh, ni baca blog i nih, x start keje lagi la nih. OK takpe. Tapi jangan lupa buka window excel ke, word ke, supaya bila bos lalu, leh terus buka window itu dan pura2 bz membuat keje. Cayalah... Sekarang ni banyak iklan kat tv kan dan i adalah peminat setia iklan2 di stesen tv percuma (sebab x de astro...). Berikut adalah carta iklan yang amat menawan hatiku <---sehingga kalo da ada dalam toilet pun, senggup berlari2 anak utk menonton iklan tersebut.

tq: atneshop.com

Ketiga:
Iklan Mister Potato... Mister Potato <--- sila nyanyi mengikut slanga org Itali ya. Iklan yang terbaru ni pasal test kerangupan keropok kentang yang ada dipasaran. Tak boleh blah dengan org ala2 jadi perantara tu. No Compromise...... Bila keropok kentang yang ketiga ditest, tidak rangup, lantas beliau diflush ke dalam tanah. Erkkk, adakah camtu. Tapi yang paling best dalam iklan ni, tiga kanak2 comel yang menari sambil nyanyi Mister Potato Mister Potato <--- aiyo, lagu ni da terngiang2 dalam telinga... Tulun....
tq: brandchannel.com

Kedua:
Kit Kat. Ada dua iklan, satu mamat yang jaga kaunter kat supermarket, satu lagu minah yang jadi penunjuk-lirik-lagu kat dalam tv masa karaoke. Suka tgk yang minah tu nyer. Comel. Sangat bersungguh2 dia tunjuk lirik masa karaoke tuh. Erm, selalunya kalo kita karaoke, lirik tu akan tukar kaler ikut lagu, tapi kali ni minah ni yang tunjuk guna tangan. I like the coco dancing, yeh yeh yeh yeh yeh... Cute dan klaka... :)

tq: sunjiang.com

Pertama:
Yeargh, tanpa ragu2, Depex's commercial is the winner. Dibintangi oleh pelakon yang sedang meningkat naik. Seorang makcik. Penah tgk iklan ni. Perghhh, baju yang menjadi putih setelah dicuci dengan Depex bleh menghalau antu. Depeeexxxxxxxx.... Klaka tgk makcik tu bersungguh2 basuh baju dan tunjuk baju tu kat antu, dan antu pun bertempiaran lari dek kerana baju itu sangat putih. Sekali lagi, Depeeeexxxxxxxx!!!!

Mood:~Iklan Ridsect pun klaka gak....~

2 comments:

FaShiHa said...

aku pon suka iklan kitkat yg ada amoi tunjuk lirik masa karaoke tu..so cute n lagu dia pon "best sgt"..haha

tujuhhariseminggu said...

a'ah kan, tapi cam da takde iklan tuh.. mana ye, asik mamat yang scan ngan mata dia je tu.. :p