Friday, October 9, 2009

Nora - The Piano Cat...

tq: dailymail.co.uk

Wassup2... Have u ever heard about Nora. Nora Zain???, Nora Di-Persimpangan-Dilema???, Norazua Aerobic-Team-UKM??? No No No. Nora The Piano Cat. Kucheng yang bleh main piano. Cute kan??? Sila baca Kosmo untuk keterangan lanjut.

Baru tahu tadi pasal Nora, setelah membaca Kosmo sambil makan mee goreng berlaukkan telur sambal dan teh o suam2 kuku serta diiringi lagu You Belong With Me dendangan Taylor Swift. Serba sedikit tentang kucheng nih.
  1. Dilabelkan sebagai Bossy semasa diletakkan di pusat perlindungan Cherryl Hill. Mungkin agak diva perangainya.
  2. Boleh mengesan getaran bunyi melalui misainya.
  3. Populariti Nora memuncak naik setelah konduktor muzik popular Mindaugas Piecaitis mempersembahkan okestra secara duet dengan video solo Nora. Hebat beb!!!
  4. Nora mempunyai ejen, jurugambar peribadi dan pegawai pengiring sendiri. Huk aloh, jeles nya i....
  5. Setakat ini, video Nora di YouTube telah disaksikan lebih daripada 20 juta penonton. Uih, blog aku baru 20++ sehari... Jeles lagi...
  6. Info2 ini diceduk dan disedut dari Kosmo ye.
Mahu info lebih lanjut tentang Nora si kucheng cute nih??? Sila layari laman web ini yer...



Mood:~nak suh Grey main gamelan lah. Pas ni ada lah Grey - The Gamelan Cat. Erkk, Pak Ngah sila book Grey awal2...~

No comments:

Legacy 30 Siti Nurhaliza 2026 - Stadium Nasional Bukit Jalil

 Assalamuaikum semua. Saja nak khabar, kita antara 65000 org kat stadium malam tu. Perjalanan konsert yang mencabar. Datang awal nak park ke...