Wednesday, April 7, 2010

Shoebox of Hope - Penuhilah harapan Nur Salam

Tahukah anda, dengan sebuah kotak kasut, anda boleh membahagiakan mereka yang memerlukan kebahagiaan. Yaaa, ini adalah benar. Mudahkan. Bagaimana??? Cuma taip ON BAHAGIA dan hantarkan ke nombor 32145... Hiks... Takdela. Tipu je... Anda boleh menjelmakan kebahagiaan org lain dengan program Shoebox of Hope dibawa khas oleh GUA dengan kerjasam Padang@1Utama...


Camna nak sertai??? Adakah kena sumbangkan kasut sahaja??? Takkan lah mereka di Nur Salam nak pakai kasut-tumit-tinggi-lapanbelas-inci ai??? Ahaaa... Mudah sahaja. Erm, kempen ini dinamakan Shoebox of Hope bukanlah bermaksud kena menyumbang kasut dalam kotak sahaja. Kempen ini hanya memerlukan kita mendermakan barang2 dengan meletakkan barang itu di dalam kotak kasut. Comel kan???

Jika anda ingin penerangan jelas, sila ke laman sesawang Shoebox of Hope ini. Di sini ai terangkan secara manja2 je yer... Apa yang anda perlu lakukan???

1) Sediakan kotak kasut yang comel2. Jika dibalut, pasti lebih menarik. Unless, kalo kotak kasut tu tertera nama Dato' Jimmy Choo, tak yah lah balut... :)

2) Di laman sesawang SoH nanti, ada label 'for girl' and 'for boy'... Label ini akan memudahkan pemberian barang kepada mereka di Nur Salam nanti. Yelah, kalo takde pelekat label nih, kang jadi lain plak. Bayangkan kalo budak lelaki yg dapat kotak tuh, bukak2 dapat dress-kecik-bunga-bunga-kembang-setaman... Nanges budak laki tu kena pakai dress tuh... Hiks...

3) Nilai barang2 yang ingin didermakan tidaklah melebihi RM 15. Iya la, kang kalo kawan sebelah dapat PS2, tetiba kawan yang sebelah sini dapat kaler pensel Luna yang 30 kaler je. Tak ke mengundang perasaan ke iri hati an... :)

4) Barang apa yang boleh didermakan? Contoh barang2 adalah seperti berikut:

Haaa, anda nak dermakan iPhone anda??? Owh, kalo iPhone, sila berikan ke pada ai yang amat ingin iPhone itu. Hiks...

5) Bila nak antar???? Haaa, ada banyak tarikh utk anda. Sekali lagi silalah ke website SoH.

Lihat, betapa senang nak wat kebajikan kan. Kadang2 terpikir2 nak tolong org, tapi tak tau camna. Dengan cara semudah ini, kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Ingatlah bahawa tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Dan lebih manis lagi jikalau seikhlas budi tangan yang memberi. Kan kan kan...

Kepada mereka yang jauh2 tuh, seperti cik dini kita, leh lah poskan kepada saya. Saya akan tolong membawa sumbangan anda ke SoH itu. Sharing is caring isnt?

mood:~nak sumbang apa eh????~

3 comments:

ardinihumaira said...

wahhh ado nama dni! hehe.. InsyaAllah.. dni cuba. ^_^ sumbangla apapun dni sokong..

macam baju, beg, atau stok makanan.. dni pon tak sure. hehe


pssst: asalkan jangan sumbang mahram. miahahaha...

miss lolly a.k.a luvfareda said...

sumbang mahram ? hahahahah gans dowh komen diatas ~

FaShiHa said...

good entry!hmm..thanx encik ally

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...